University Accused Of Hiring Company To “Dispose” Campus Dogs — Police Launch Investigation!

Date:

Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa sebuah universiti tempatan mengupah syarikat luar bagi melupuskan anjing-anjing di kawasan kampus.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhammad Farid Ahmad berkata, laporan dibuat pada jam 11.23 pagi Isnin lalu oleh seorang wanita berusia 51 tahun yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak universiti tersebut.

“Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 30(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Sekiranya ada individu yang mempunyai maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan IPD Serdang di talian 03-8074 2222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” tambahnya.

Kes ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, dengan ramai menuntut penjelasan lanjut daripada pihak universiti berkenaan mengenai tindakan ke atas haiwan liar di kawasan kampus.

Share post:

Popular

More like this
Related

KBS: No Approval For Hyrox Kuala Lumpur 2026 Until Beer Sponsor Withdraws

The Youth and Sports Ministry (KBS) will not approve...

Ringgit Opens Higher Against US Dollar Ahead Of BNM Interest Rate Decision

The ringgit opened marginally higher against the US dollar...

BookXcess Slammed Over ‘We’re Not A Reading Nation’ Reply To Customer’s Spelling Correction

BookXcess has come under fire from netizens after responding...

Wave Of Bomb Threats Disrupts Europe Flights, Passengers Evacuated As Planes Searched

A wave of bomb threats targeting passenger flights has...