Body Of Woman Found Naked With Hands Tied In Seri Kembangan

Date:

Polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan tidak berpakaian dengan tangan terikat di kawasan semak berhampiran bulatan Blue Water Estate, Seri Kembangan, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, mayat tersebut dijumpai oleh orang awam sebelum laporan dibuat kepada pihak polis sekitar jam 3.45 petang.

“Balai Polis Serdang menerima panggilan berhubung penemuan mayat seorang wanita, warganegara belum dipastikan, dalam keadaan tidak berpakaian dan tangan diikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mangsa dianggarkan setinggi 144 sentimeter, berambut perang panjang melepasi paras bahu, berkuku panjang, memakai subang perak di kedua-dua telinga serta gelang kain berwarna hijau dan merah. Selain itu, tatu turut ditemui pada tangan kanannya.

Siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di talian 03-8074 2222,” jelasnya.

Terdahulu, bau busuk yang dikesan berhampiran Jalan Anggerik, Seri Kembangan, membawa kepada penemuan mayat berkenaan oleh pihak polis.

Share post:

Popular

More like this
Related

Three Nabbed Over Fatal Skudai Shooting Outside Entertainment Outlet

Police have arrested three individuals, including two men and...

Woman Arrested After Allegedly Breaking Into Stranger’s Home And Slapping Him In Early Morning Attack

A 54-year-old woman in Japan has been arrested after...

Elderly Woman Caught On Camera Yanking Passenger’s Hair In Shocking Priority Seat Clash On MTR

A heated altercation on Hong Kong’s Mass Transit Railway...

Man Jailed 15 Months After Sending Pork To Mosques In Revenge Over Job Loss

A 62-year-old Singaporean man, Bill Tan Keng Hwee, has...